
Bila anda berjaya beli rumah pertama, ia merupakan satu pencapaian besar dalam hidup. Sekiranya rumah yang dibeli itu berhampiran dengan kampung.. dekat dengan rumah mak ayah, tentu hapi… senang nak balik rumah mak bila2 je pun.
Ramai dikalangan anak-anak muda sekarang ni yang dah mula sedar akan kepentingan membeli rumah awal kerana harga rumah semakin lama semakin mahal.
Kalau anda tengah merancang untuk beli rumah pertama.. jom saya kongsikan Panduan Ringkas Panduan Lengkap Beli Rumah Pertama Di Kelantan.
Tentukan Bajet & Kelayakan Loan
Ini antara langkah yang ramai anak muda skip.. ramai yang terus mencari rumah tanpa melihat kelayakan loan mereka. Klik je link… tanya harga… senyap…
Nak rumah cantik, besar, tanah luas tapi bajet dan kelayakan loan tak sampai dengan hartanah yang diimpikan.
Sekiranya gaji dalam RM3,000 ke RM4,000 kelayakan loan dalam RM250k hingga RM350k saja. Jangan bebankan diri dengan komitmen bulanan yang tinggi yang akan menyusahkan dikemudian hari.
💡 Tip: Anda boleh gunakan kalkulator loan online atau boleh terus direct tanya dengan En Sham
Pilih Lokasi Strategik
Berikut adalah 5 kawasan yang menjadi pilihan
Kota Bharu – sesuai untuk mereka yang nak kehidupan di tengah bandar Kota Bharu dengan pelbagai kemudahan yang tersedia.
Pengkalan Chepa – menjadi pilihan kerana berdekatan dengan Airport Pengkalan Chepa, Sekolah dan kemudahan yang berdekatan.
Pasir Tumboh / Kubang Kerian – kawasan ini juga kini menjadi pilihan kerana dekat dengan HUSM dan kemudahan asas.
Tok Bali / Bachok – merupakan pilihan yang sangat baik bagi mereka yang sukakan pusat peranginan dengan suasana pantai. Potensi pelaburan homestay juga bagus di area sini.
Pasir Mas / Tumpat – sesuai untuk mereka yang sukakan kawasan kampung tapi masih dekat dengan bandar.
Faham Proses & Dokumen
Proses beli rumah pertama ini sebenarnya tidak rumit pun.. Antara dokumen penting yang perlu disediakan:
- Salinan IC
- Slip gaji 6 bulan terkini
- Bank statement 6 bulan
- Surat pengesahan jawatan
- Penyata KWSP / EA Form
- Penyata Cukai (jika ada)
Skim & Bantuan Yang Ada
Sebenarnya banyak je skim yang ditawarkan oleh kerajaan dan bank-bank:
Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) – untuk mereka yang tiada slip gaji dan tiada gaji tetap seperti penjaja pasar malam, pemandu grab, penghantar makanan seperti foodpanda dan lain-lain.
PPAM – Projek Perumahan Penjawat Awam seperti di PPAM Sireh Residence, PPAM Kubang Kerian dan PPAM Kota Seribong yang bakal ditawarkan tidak lama lagi… Rumah-rumah PPAM ditawarkan pada harga tidak melebihi RM300k.
PRIMA – Perumahan PRIMA seperti di Tok Bali Residence menawarkan harga serendah RM198,000 dengan rebet 10% menjadi pilihan terbaik untuk anak kelantan yang ingin membeli rumah pertama.
Elakkan membeli rumah tanpa menyemak kelayakan dan bajet. Tindakan ini bakal menjerat kehidupan anda sehingga 35 tahun. Beli rumah pertama yang bersesuaian kelayakan dan bajet dulu.
✅ Fokus pada keperluan asas dulu seperti bilik yang cukup dan lokasi yang dekat dengan tempat kerja atau sekolah.
Sediakan Dana Kecemasan
Beli rumah pertama bukan selesai dengan setel bayar harga rumah saja. Berikut adalah kos-kos tambahan yang perlu diambil kira:
-
Yuran guaman
-
Insurans / MRTA
-
Yuran penilaian bank
-
Kos pindah masuk (perabot, wiring, grill, dll)
💡 Sediakan sekurang-kurangnya 10% dari harga rumah untuk kos-kos tambahan ini.

0 comments